Vitamin B complex
ianya penting dalam kestabilan hormon kita.
Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah
atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak
stabil jerawat akan mudah terhasil.
Vitamin C :
ianya sangat penting dalam pembentukan
kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan
makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan
lebih baik.
Vitamin E :
terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga
dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan
membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.
Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan
beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah
kulit yang berminyak.
Protien :
sangat penting dalam penghasilan sel baru.
Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan
hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak
mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan
kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien
yang baik.
Air:
sangat penting dalam pengaliran darah ,
penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.
kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh
menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang
bermasalah
CARA ORDER
No comments:
Post a Comment