Sunday, November 24, 2013

5 Jenis Makanan Yang Sesuai Diambil Ketika Berpantang



Pengambilan makanan yang bersesuaian semasa berpantang adalah amat penting untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Khasiat dan zat daripada makanan dapat memberikan nutrien, mengembalikan tenaga serta memulihkan luka pada bahagian-bahagian badan semasa bersalin. 

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh diambil oleh ibu-ibu semasa berpantang:


1. Bijirin -
Anda boleh mengambil nasi, roti, biskut dan oat, spageti dan pasta



2. Ikan
Digalakkan mengambil ikan-ikan segar seperti ikan haruan dan ikan yu kerana boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran



3. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran membekalkan vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Peria, sawi, lobak dan ubi kentang boleh diambil sebagai menu anda.




4. Ayam dan daging
Ayam biasa tidak sesuai diambil semasa berpantang kerana dikhuatiri mendapat gatal. Jadi, ayam didik, ayam selasih dan ayam kampung adalah gantinya. Jika anda mengidam nak makan selain daripada ayam, burung puyuh dan burung merpati adalah pilihan terbaik.



5. Buah-buahan
Ibu-ibu yang berpantang boleh memakan buah-buahan saperti epal merah, kurma, buah zaitun, buah tin, buah delima, aprikot dan buah pir.


Sunday, November 17, 2013

GLA

Apa keistimewaannya? Dari borage oil inilah terhasilnya GLA (gamma-linolenic acid) yang mana ianya adalah sejenis asid lemak omega 6.Istimewa GLA Shaklee adalah kandungan GLAnya adalah sebanyak 15% - 20%.Berbanding dalam EPO hanya mengandungi 8% - 10% GLA.

Keistimewaan lain GLA Shaklee:

* membantu merawat PMS dan menopause symptom. Penggunaannya boleh meredakan kesakitan semasa period dan juga simptom bila seseorang menopause.
* anti radang, sesuai untuk pesakit arthritis dan gout kerana ianya merawat keradangan sendi.
* bagi pesakit rheumatoid arthritis, ianya boleh membantu di mana ianya 'may ease tenderness and swelling'.
* untuk kulit yang cantik. Boleh mengekalkan kelembapan dan kelembutan bagi kulit yang kering atau rosak. Kajian pernah dijalankan ke atas bayi yang mempunyai masalah 'cradle cap' (kerak di kepala). Bayi disapukan dengan borage oil 2 kali sehari dan setelah 2 minggu, masalah cradle cap HILANG!.Apa yang menakjubkan bukan sahaja pada tempat yang disapu mengalami perubahan ketara tetapi juga keseluruhan kulit bayi mengalami perubahan positif. Ini menunjukkan daya serapan borage oil yang sangat bagus.
* membantu regulate balik period yang tidak teratur. Juga mengawal keseimbangan hormon dalam badan.
* membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Ada kalangan yang mengambil GLA Shaklee telah berjaya hamil dengan izinNya.

ESP Shaklee




Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!
 

3. Cara bancuhan ESP
 
  1.  ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu (semua ni bancuh n blend)..Its good for brain + energy + healthy diet.. Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya  
Sila tambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda
 

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

B-COMPLEX..



KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN B-COMPLEX
Badan kita memerlukan vitamin B yang mencukupi bagi membantu proses penghadaman , iaitu pertukaran makanan kepada tenaga serta memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Sebab itu, dalam program kesihatan Shaklee… B Complex merupakan salah satu supplement  asas yang wajib diambil untuk kebaikan dan kesihatan badan secara menyeluruh.

B complex Shaklee berbeza dengan kebanyakan B-complex yang berada di pasaran ????.
Hal ini terbukti apabila Para saintis telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat  sintetik..

Selain itu,  B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Ciotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.


KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE 

1. Dapat menukar makanan kepada tenaga 
- membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

2. Melawan tekanan 
- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.

3. Membantu Tumbesaran 
- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.Rambut beruban dan gugur
 - membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata
 - mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.

6. Dapat mencegah anemia
 - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7.Meredakan senggugut 
- Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche -  dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.

9.Detoksifikasi - meredakan alahan.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

 KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


Oleh itu…bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya….
Walaupun hanya 1 biji sehari…pelbagai khasiat telah dibekalkan kepada badan kita…bagi melancarkan segala proses didalam  tubuh kita…


COLLOGEN



Apa itu kolagen??
➜ Merupakan sejenis protein yg secara semulajadi terbentuk dalam tubuh badan manusia dan haiwan.

Mengapa supplemen kolagen penting?
➜ Semakin meningkat usia, pengeluaran kolagen akan menjadi sedikit lambat. Sebab tu terjadinya kulit kendur, berkedut dan lembik
➜ Pengambilan makanan harian yang tak seimbang tidak dapat memenuhi keperluan untuk menghasilkan kolagen

Shaklee Collagen Powder (SCP):-

Mengandungi 7 Bahan Utama yang saling membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan kolagen yang terbaik.

➜ RSS Collagen dari SISIK IKAN MERAH
Kenapa sisik ikan merah? kerana ikan merah adalah hidupan air laut dalam. Kurang terdedah dengan pencemaran dan merupakan sumber kolagen yang lasak (tekanan air terhadap sisik ikan).

➜ EKSTRAK Biji Benih CAMELLIA JAPONICA
Mengandungi bahan antioksida semulajadi yang dapat mengurangkan radikal bebas. Juga mengandungi asid eloik yang merupakan pelembab yang terunggul.

➜ EKSTRAK Pfaffia
Gabungan dengan ekstrak Camelia Japonica menyokong pembentukan Collagen menjadikan kulit lembut, lembab & rata.

➜ ELASTIN dari KOLAGEN Ikan
Elastin mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Bekerja bersama kolagen menghasilkan kulit yang TEGANG,GEBU & ANJAL.

➜ VITAMIN C & B
Vitamin C - menggalakkan pengeluaran COLLAGEN dan melawan RADIKAL BEBAS yang MEROSAKKAN kulit.
Vitamin B - terlibat dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga bagi menggalakkan pengeluaran COLLAGEN ASLI.

➜ EKSTRAK KERANG-KERANGAN
Mengandungi Glukosamina yang penting untuk sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembabkan mata untuk mengelakkan ketidakselesaan mata.

➜ LOCTOBASILUS ACIDOPHILUS (Bakteria Baik)
Membantu mengimbangi usus dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi penyerapan semula Collagen.

Antara fungsi SCP :
  1. mengurangkan kedutan dan garis2 halus
  2. mengecilkan liang roma
  3. melembapkan kulit
  4. mengembalikan keanjalan kulit
  5. menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  6. menegangkan punggung dan payudara
  7. memelihara kesihatan rambut
Pengambilan supplemen kolagen amat penting untuk 'topup' balik kolagen yg dah hilang. Dengan SCP, kesan seawal 8 minggu akan anda rasai...tapi depends pada badan jugak...ada yg lagi awal...:)