Hemoglobin (HB) rendah atau
anemia adalah masalah yang seringkali di alami oleh ibu hamil. Tahukah anda
setiap seorang daripada tiga orang ibu mengandung menghadapi masalah anemia
atau HB rendah.
Apa itu ANEMIA? Anemia adalah sejenis penyakit yang
mengalami kurang kepekatan darah merah daripada biasa. Ini mengurangkan
keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan
hipoksia. Antara sebab-sebab punca kurang darah adalah kerana ibu kurang
mengambil makanan yang mengandungi zat besi, ibu yang kerap bersalin dan
pendarahan dari faraj.
SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ANEMIA
Apabila seseorang itu mengalami
masalah kurang kepekatan darah, biasanya akan kelihatan
lemah dan lesu. Ibu hamil juga akan mengalami sesak nafas terutama apabila memasuki
trimester 2 dan 3 kerana perut pun semakin membesar. Selain itu ibu hamil
mungkin akan berasa pitam bila bangun
dan sentiasa rasa pening.
Ibu mengandung boleh mengesan
awal penyakit anemia ini apabila melakukan pemeriksaan bulanan di hospital atau
klinik-klinik kesihatan. Di mana setiap bulan mereka akan melakukan pemeriksaan
darah atau "full blood count" dan apabila paras HB kurang daripada
11g dalam sel darah merah.
RISIKO DAN BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL
Apabila menghadapi masalah anemia
semasa hamil jangan dianggap suatu perkara yang "biasa" dan jangan
dipandang remeh. Banyak risiko yang akan dihadapi dan antaranya ialah:
- Kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan
- Mungkin mengalami risiko keguguran
- Bayi meninggal didalam perut
- Bayi kecil atau tidak cukup berat badan
- Risiko yang sangat tinggi mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Mudah mendapat penyakit berjangkit
- Anemia yang teruk boleh mengancam nyawa ibu dan bayi
ATASI ANEMIA
Bagi mengatasi masalah anemia, ibu hamil perlu mengambil
makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan yang kaya dengan zat besi
ialah buah kurma, kismis, sayuran hijau spt sayur peria, sawi, bayam,
biji-bijian, daging, ayam, ikan dan kerang. Rehat dan tidur yang mencukupi juga
sangat penting. Selain itu, pengambilan supplemen Zat Besi/ Iron juga dapat
membantu sebagai pelengkap untuk mencukupi kekurangan yang dialami.
CADANGAN SUPPLEMEN IBU HAMIL
Fokus utama untuk mengatasi
masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula
dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu
penyerapan zat besi yang maksimum.
Berusahalah dan berdoalah untuk meningkatkan HB anda. Bagi yang berminat untuk mendapatkan Vita-lea dan Vitamin C dan mempunyai
sebarang pertanyaan boleh lah contact Humaira Beauty. Harga istimewa menanti anda
dan konsultasi percuma akan diberikan. Humaira Beauty sentiasa mendoakan agar anda
berjaya dalam meningkatkan HB anda InsyaALLAH.....
CARA ORDER
No comments:
Post a Comment