Sunday, December 15, 2013

Asid Folik Menghalang Kecacatan Saraf Tunjang Bayi (NTD)

Folate Dalam B Complex Dan Vitalea Shaklee:



TAHUKAH ANDA?
Pengambilan folat adalah sangat penting dan harus DIAMBIL walaupun anda BELUM LAGI HAMIL.
ia perlu diambil bagi membantu untuk mengurangkan RISIKO terhadapa sesetengah KECACATAN 
BAYI iaitu kecacatan TIUB NEURAL.

Maksudnya bagi mereka yang merancang untuk hamil, adalah perlu untuk mengambil asid folik 
sebelum mereka hamil. Ini untuk menjaga kesihatan kandungan dari perkara dan kecacatan yang 
tidak diingini.

APAKAH KECACATAN TIUB NEURAL?

Kebiasaan yang paling banyak berlaku di kalangan bayi adalah kecacatan pada otak dan kepala 
saraf tunjang (spinal cord) yang dipanggil Neural Tube Defects (NTD). Kecacatan ini menyebabkan kelumpuhan pada bayi. Tidak terbayang keadaannya namun selagi kita boleh berusaha untuk
 elakkannya maka buatlah sesuatu supaya kita tidak rasa ralat kemudian hari.

Lagi satu kecacatan yang biasa berlaku adalah kelahiran tanpa tempurung kepala yang sempurna 
yang mana dipanggil Anencephaly. Ia berlaku hasil dari penutupan tempurung otak yang 
tidak lengkap pada awal kehamilan.

kecacatan akibat kurang asid folik

1. Dari Buah-buahan, sayuran hijau, kekacang
2. Jus oren
3. Barli
4. Beras perang
5. Keju
6. Vitamin B Complex dan multivitamin yang mengandungi asid folik.

Berapa banyak Asid Folik harus diambil?
Untuk mereka yang merancang ingin hamil dan yang sudah hamil, pengambilan 400mcg asid folik
adalah memadai. Shaklee juga menawarkan asid folik yang lengkap untuk ibu hamil dan mereka 
yang merancang kehamilan. Anda boleh mengambil Vitalea dan B Complex shaklee untuk 
tujuan ini.



http://permatacintaku.blogspot.com

sumber:permata cinta ku

No comments: