Monday, December 30, 2013

Set Shaklee untuk ibu mengandung




1) Untuk ibu hamil trimester 1 (0-14 minggu)

1.Vita-Lea Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi

2.B-Complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

4. Ostematrix / Kalsium - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.


2) Untuk ibu hamil trimester 2 (14-28 minggu) dan trimester 3 (28-42 minggu)

ibu ibu perlu mengambil ke empat empat vitamin di atas sama seperti trimester pertama..cuma perlu tambahan satu lagi vitamin iaitu: 

1.Omega Guard
Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

2. ESP @ Energizing Soy Protein
Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

Friday, December 27, 2013

LECITHIN

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Sakit sendi


Yang tengah baca nie, sakit sendi tak? sekurang-kurang 1 dari 5 orang di malaysia ada sakit sendi, jadi tak mustahil jika kita biasa dengar kawan-kawan, ibu atau ayah kita mengaduh sakit-sakit dan tidak selesa. Jom kita lihat apa yang terjadi bila sendi tak sihat atau sakit sendi.




Arthritis, osteoarthritis, terseliuh dan tendinitis adalah jenis-jenis sakit sendi yang biasa kita jumpa. 

Siapakah yang berisiko sakit sendi:
  • Obesiti
  • Kesan penuaan
  • Atlit 

Apakah simptom-simptom sakit sendi?
  • Ketegangan 
  • Lenguh 
  • Bengkak
  • Kesakitan

Jadi ada ke rasa-rasa sakit macam di atas, jika ada maka sahlah anda sakit sendi. Tapi jangan risau, hanya dengan 5 hari, sakit sendi akan hilang dengan penggunaan Advanced Joint Health Tablet Shaklee. saya ulang 5 hari sahaja, dan ini bukan hanya kata-kata orang tapi telah dibukti oleh ujian klinikal. Sendi-sendi boleh kembali sihat dan cantik seperti dulu. 

inilah sendi yang cantik dan sihat
Tapi bagaimana Advanced Joint Health Tablet Shaklee ini boleh memberi kesan dalam masa 5 hari?

3 bahan penting inilah yang bertindak secara serentak untuk menyihatkan sendi kembali dan kandungan Advanced Joint Health Tablet Shaklee menggunakan 100% tumbuhan semulajadi.

Hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang super special ini.

Cara Order
********
>>ID : 1075182
✐ Blog: http://humairabeauty13.blogspot.com/
☎Call/SMS: 014-8054405
✍ PM: http://www.facebook.com/messages/humairabeauty

BUASIR kini menyerang tak kira tua atau muda.

Sharing ::

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

UBAH GAYA HIDUP anda & CEGAH simptoms dengan supplemen SHAKLEE !!!

 OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

 OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

 ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Cara Order
********
>>ID : 1075182
✐ Blog: http://humairabeauty13.blogspot.com/
☎Call/SMS: 014-8054405
✍ PM: http://www.facebook.com/messages/humairabeauty

 

Omega Guard Shaklee: 30 Kebaikan Yang Unggul


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia, kerana diperbuat dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ikan-ikan ini diperolehi dari perairan Negara Jepun. Omega Guard Shaklee ini 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ini kerana sumbernya dari ikan asli bukan dari hati minyak ikan. Oleh kerana diperbuat dari sumber ikan yang terpilih, Omega Guard Shaklee memiliki tujuh jenis asid lemak Omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Satu kajian telah dilakukan terhadap minyak ikan di pasaran. Hasilnya menunjukkan bahawa minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA yang paling tinggi, membekalkan 900mg EPA dan DHA. 
Omega Guard Shaklee yang UNGGUL
Terdapat banyak kebaikan Omega Guard Shaklee ini, antaranya adalah 30 kebaikan yang unggul:

  1. mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
  2. berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
  3. menghalang salur darah dari tersumbat
  4. mencegah strok
  5. mengawal tekanan darah pada kadar normal
  6. mengurangkan ketegangan urat leher
  7. merendahkan serangan sakit kepala
  8. mengawal kolestrol dalam badan
  9. mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
  10. mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. menurunkan berat badan
  12. mencegah masalah obesiti
  13. risiko sakit jantung berkurangan
  14. mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
  15. membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
  16. menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
  17. menyihatkan paru-paru
  18. meningkatkan kadar memori seseorang
  19. mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
  20. mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
  21. memperbaiki masalah buah pinggang
  22. menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
  23. meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
  24. meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
  25. menyokong kesihatan sendi-sendi badan
  26. mengelakkan penyakit gout
  27. memperbaiki masalah autism
  28. mengelakkan insomnia
  29. mengawal emosi
  30. memelihara kesihatan jantung

Omega Guard Shaklee, kebaikannya memberi manfaat kepada seluruh keluarga, dari atok nenek hingga ke anak kecil. Serba bagus untuk seisi keluarga. 

Hubungi saya segera untuk harga yang super istimewa.

 Cara Order
********
>>ID : 1075182
✐ Blog: http://humairabeauty13.blogspot.com/
☎Call/SMS: 014-8054405
✍ PM: http://www.facebook.com/messages/humairabeauty

Tuesday, December 24, 2013

BATUK BERKAHAK

Batuk berkahak? Bagaimana cara membuang kahak anak manja anda.

Mungkin boleh pertimbangkan untuk melakukan teknik tepukan percussion. Cara melakukannya: 

Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 

Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 

Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 

Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Kronologi Percakapan Anak



1. Bayi baharu lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan.

• 3 hingga 6 bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan.

• 4 hingga 8 bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu).

• 5 hingga 9 bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala).

• 6 hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak).

• 5 hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya.

• 6 hingga 9 bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

• 7 hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.

• 9 hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah).

• 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.

• 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik).

• 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan.

• 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak).

• 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’.

• 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan.

• 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan.

• 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan.

• 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar.

• 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah.

• 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’.

• 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun.

• 3 tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan. Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya. Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa yang sama, kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin. 

Pada masa yang sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak seperti berikut:

a. Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana kita boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek.

b. Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan kita ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

c. Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.

d. Ulang perkataan atau ayat anak kita dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan.

e. Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya. Jangan paksa anak kita untuk bercakap.

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Friday, December 20, 2013

Khasiat Air Kelapa Muda



Kata orang-orang tua yang berpengalaman ,ibu-ibu yang mengandung mengamalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan bayi yang di lahirkan juga akan bersih dan sihat kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.

Antara khasiat air kelapa muda bagi ibu yang sedang hamil :

1) Minuman isotonik alami
Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.

2) Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.

3) Membantu mencegah sembelit dalam sistem pencernaan
Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.

4) Mencegah daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.

5) Mencegah kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.

6) Membantu mengurangkan "Morning Sickness"
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.

7) Penawar racun
Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.

9) Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.

Ibu hamil di galakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja , ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi didalam kandungan.

Kehamilan Anggur? Apakah Sebenarnya?


Biasanya kehamilan terjadi hasil daripada persenyawaan antara sperma dengan ovum yang akan membentuk ketulan baru yang dipanggil blastosis dan seterusnya menjadi embrio.

Tetapi hal ini tidak terjadi pada kehamilan anggur. Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim tidak berisi janin. Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.

Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada minggu ke-3 atau ke-4. Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang dan membentuk plasenta. Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu ke-6 kehamilan.

Sel trofoblas yang kosong ini kemudiannyamembengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, mirip buah anggur. Ukurannya ada pelbagai saiz. Ada yang antara 1 mm hingga 2 sm.

Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya. Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.

Simptom

** Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC) tinggi.

** Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga bulan seperti enam bulan.

** Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester pertama.

** Berlaku pendarahan yang berulang.


Rawatan

** Sel-sel trofoblas perlu dikeluarkan mengikut prosedur tertentu.

** Hamil anggur yang tidak dirawat boleh mengakibatkan masalah lain termasuk kematian.

______________________________________

Utk ibu2 yg sedang hamil dan menyusu, cepat2 Like page --->Humaira Beauty ada byk info berguna utk anda..

==>> TEKNIK BERNAFAS WAKTU KELAHIRAN


Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari 
pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga 

Empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)

Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit 

Semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui
mulut boleh membantu. 

Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)

Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. 

Jangan menjerit bukan bukan. Banyak banyakkan ingat Allah. Baca ayat kursi. Baca doa Nabi Yunus. Semoga Allah mempermudahkan untuk ibu ibu melahirkan anak ibu nanti. InsyaAllah. 

*****
Utk ibu2 yg sedang hamil dan menyusu, cepat2 Like page --->Humaira Beauty ada byk info berguna utk anda..

Thursday, December 19, 2013

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE







































 
✿ Performance Drink Shaklee Minuman Elektrolit Terunggul ✿
✿ Pengganti minuman isotonik ✿

Bosan dengan minuman isotonik yang bergas dan banyak gula?Jadi beralihlah kepada Performance Drink yang bebas karbonat, kurang gula dan bebas dari pemanis/perasa tiruan.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

1.Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
2.Ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk
3.Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
4.Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
5.Para pesakit yang menghidap gout.
6.Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
7.Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
8.Anak-anak yang demam.
9.Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
10.Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Pastikan setin Performance Drink ada dirumah anda..pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda 

Nak order/ pertanyaan lanjut sila hubungi :-
014-8054405 (nanie)
sila like https://www.facebook.com/humairabeauty13





Monday, December 16, 2013

Humaira Beauty: MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

Humaira Beauty: MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

Kenalpasti Jenis Gemuk Anda!

Kenalpasti gemuk anda..

Selalu dapat pm dari pelanggan yang selalu bertanya kan, "berapa lama boleh 

nampak kesannya yea?". Kesan untuk kurus adalah berbeza mengikut badan 
sesorang. Saya tidak boleh membuat janji palsu yang dalam seminggu dah 
boleh kurus! Nanti tak kurus susah pula saya! hihi.. 

Pertama sekali kenalah kenal pasti anda tergolong di dalam kategori gemuk apa.
Ada tiga jenis gemuk nie.Gemuk AIR, ANGIN dan DAGING. 

Jom kita ikuti bagaimana nak kenalpasti jenis2 gemuk ni.

Ada cara untuk mengenalpastinya:

GEMUK AIR (Paling Cepat Kurus Bila Menjalani Program Pelangsingan)


  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

GEMUK ANGIN (Tempoh waktu sederhana apabila menjalani program pelangsingan)

  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut
GEMUK DAGING (Paling lambat kesan apabila menjalani program pelangsingan, perlu amalkan secara konsisten)
  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.
Bagaimana nak kurus dengan Shaklee??
  
 Boleh pilih ikut budget tau! Nak yang paling BUDGET or tak kesah budget pun boleh!