Friday, December 20, 2013
==>> TEKNIK BERNAFAS WAKTU KELAHIRAN
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari
pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga
Empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit
Semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui
mulut boleh membantu.
Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung.
Jangan menjerit bukan bukan. Banyak banyakkan ingat Allah. Baca ayat kursi. Baca doa Nabi Yunus. Semoga Allah mempermudahkan untuk ibu ibu melahirkan anak ibu nanti. InsyaAllah.
*****Utk ibu2 yg sedang hamil dan menyusu, cepat2 Like page --->Humaira Beauty ada byk info berguna utk anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment