Batuk berkahak? Bagaimana cara membuang kahak anak manja anda.
Mungkin boleh pertimbangkan untuk melakukan teknik tepukan percussion. Cara melakukannya:
Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
No comments:
Post a Comment